FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Singapura: Penggodam luar negara menggodam akaun 75 pelanggan bank dengan nilai kerugian sebanyak 500,000 dolar Singapura (kira-kira RM1.5 juta) menerusi pemalsuan transaksi kad kredit antara September hingga Disember tahun lalu.

Suspek melakukan jenayah itu dengan menggunakan kata laluan sekali (OTP) menerusi SMS untuk melakukan transaksi pada kad kredit.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MSA), Pihak Berkuasa Maklumat Komunikasi (IMDA) dan polis.

Siasatan yang dijalankan ke atas bank yang terjejas mendapati tiada kelompongan pada sistem bank sehingga menyebabkan jenayah ini berlaku.

Siasatan lanjut mendapati suspek berjaya menggodam akses tidak sah pada sistem telekomunikasi antarabangsa dan menggunakannya untuk mengubah lokasi dan data pada telefon bimbit mangsa, kata pihak berkuasa.

Mereka boleh menerima SMS menggunakan rangkaian telefon antarabangsa yang digunakan bank untuk menghantar OTP kepada mangsa.

Sebaik mempunyai butiran kad kredit mangsa, suspek akan menggunakannya untuk mendapatkan OTP dan ia digunakan untuk transaksi dalam talian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 3:57 PM