LAPORAN berita di Korea Selatan menunjukkan ujian peluru berpandu yang dilaksanakan Korea Utara. FOTO AFP
LAPORAN berita di Korea Selatan menunjukkan ujian peluru berpandu yang dilaksanakan Korea Utara. FOTO AFP
AFP

Pyongyang: Korea Utara menembak peluru berpandu ke laut pada Rabu, menurut tentera Korea Selatan.

Ia sehari selepas Pyongyang mengumumkan kejayaan menguji peluru berpandu jarak jauh.

"Negara yang memiliki senjata nuklear itu menembak peluru berpandu ke Laut Timur negara berkenaan," kata Ketua Angkatan Bersama Seoul dalam kenyataan kepada AFP.

Tiada butiran lanjut yang diedarkan kepada umum termasuk jenis, jarak dan jumlah peluru berpandu yang terbabit.

Kejadian itu berlaku sehari selepas agensi berita rasmi Korea Central News Agency (KCNA) melaporkan negara itu menguji peluru berpandu jarak jauh hujung minggu lalu.

Peluru berpandu itu digelar sebagai 'senjata strategik dengan signifikan yang terhebat'.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 September 2021 @ 2:39 PM