FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Baitulmaqdis: Aktivis antivaksin Covid-19 Israel, Hai Shaulian meninggal dunia di Pusat Perubatan Wolfson disebabkan wabak itu, semalam.

Shaulian mengajak pengikutnya di sosial media untuk tidak menyuntik vaksin.

Dia menggunakan hantaran berbunyi "Tiada wabak yang berlaku dan vaksin ini berbahaya serta tidak diperlukan."

Lelaki itu turut memuat naik video di media sosial sejak dia mula masuk ke hospital untuk menerima rawatan.

"Saya kini memerlukan oksigen untuk bernafas dan berasa tercekik. Saya juga mungkin pengsan jika mencabut mesin ini dan berjalan sejauh tiga meter. Saya juga mengalami batuk kuat," katanya seperti dilaporkan Jerusalem Post.

Shaulian ketika berada di hospital menerima rawatan Covid-19. - FOTO Agensi
Shaulian ketika berada di hospital menerima rawatan Covid-19. - FOTO Agensi

Dalam video yang dimuat naik minggu lalu itu, Shaulian berkata, dia menerima layanan kurang baik di balai polis selepas ditahan dan mendakwa anggota polis meletakkan kaki mereka di lehernya dan turut mendakwa ada anggota yang cuba meracuninya.

"Saya tidak pernah berasa seteruk ini dalam hidup saya. Hari ini saya tidak boleh bernafas dan pergi ke hospital.

"Sekiranya sesuatu terjadi kepada saya, ia adalah cubaan membunuh," katanya.

Shoulian, 57, terkenal sebagai aktivis antivaksin dan turut menganjurkan demonstrasi menentang pelaksanaan mandat Pas Hijau yang memerlukan penduduk Israel memberikan bukti penerimaan vaksin untuk mengunjungi tempat awam.

Dia juga menentang peraturan pemakaian pelitup muka dan pengambilan vaksin Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 September 2021 @ 2:04 PM