AFP

Kabul: Taliban menguasai ibu kota wilayah keenam di Afghanistan, pada Isnin.

Timbalan Gabenor wilayah Samangan, Sefatullah Samangani berkata, kumpulan berkenaan memasuki Aibak tanpa pertempuran selepas pemimpin masyarakat merayu kepada pihak berkuasa untuk mengelak keganasan di bandar berkenaan.

"Gabenor menerima dan mengundurkan semua tentera dari bandar ini," kata Samangani sambil menambah Taliban kini menguasai sepenuhnya bandar itu.

Jurucakap Taliban mengesahkan penguasaan bandar berkenaan.

TENTERA Pakistan berkawal di sempadan negara itu dan Afghanistan selepas Taliban menutup salah satu pintu sempadan. FOTO EPA
TENTERA Pakistan berkawal di sempadan negara itu dan Afghanistan selepas Taliban menutup salah satu pintu sempadan. FOTO EPA

Kumpulan berkenaan sebelum ini menguasai lima ibu kota wilayah di utara negara berkenaan.

Pertempuran berlarutan sejak Mei ketika tentera gabungan diketuai Amerika Syarikat memulakan pengunduran peringkat akhir dari negara itu yang dijangka tamat menjelang bulan ini.

Ia sebelum ulang tahun ke-20 serangan 11 September 2001.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 10:39 AM