Foto hiasan
Foto hiasan
Agensi

Kaherah: Arab Saudi akan mula menerima jemaah umrah dari luar negara untuk jemaah yang sudah divaksin mulai esok.

Ia kali pertama berlaku selepas lebih setahun tidak menerima jemaah umrah dari luar negara kerana pandemik Covid-19, lapor agensi SPA.

Dengan kapasiti yang akan meningkat kepada dua juta jemaah dari 60,000 jemaah setiap bulan, Makkah dan Madinah akan mula menyambut pengunjung dengan mengambil langkah-langkah pencegahan Covid-19.

Seorang pegawai di Kementerian Haji dan Umrah mengatakan bahawa jemaah haji dari dalam dan luar negara perlu menyertakan sijil vaksinasi Covid-19 yang disahkan bersama dengan permohonan mereka.

Jemaah dari negara-negara yang termasuk dalam daftar larangan masuk Arab Saudi harus dikuarantin sebaik sahaja tiba, tambah laporan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 11:54 AM