PETUGAS memakai pakaian perlindungan diri di sebuah sekolah yang di Brisbane yang ditutup susulan penularan varian Delta. FOTO EPA
PETUGAS memakai pakaian perlindungan diri di sebuah sekolah yang di Brisbane yang ditutup susulan penularan varian Delta. FOTO EPA
AFP

Brisbane: Bandar ketiga Australia, Brisbane, dan beberapa bahagian di negeri Queensland dikenakan sekatan pergerakan (lockdown) mengejut, dari Sabtu, susulan penularan varian Delta.

Ia menyebabkan jutaan penduduk di bandar berkenaan dan kawasan lain diarahkan duduk di rumah mulai tengah hari Sabtu, selama tiga hari.

Timbalan Ketua Menteri Queensland Steven Miles berkata, langkah berkenaan adalah tindakan pantas bagi mengekang penularan varian Delta.

Enam kes baharu dilaporkan menerusi satu kluster varian Delta yang dikaitkan dengan pelajar sekolah, menyebabkan pelajar dan guru di dua sekolah diarahkan menjalani kuarantin.

Jujukan genome mengaitkan kluster itu dengan pengembara yang pulang dari luar negara dan menjalani kuarantin di hotel.

Bagaimanapun, punca sebenar penularan itu masih belum dikenal pasti.

Dalam pada itu, lockdown paling ketat pernah dikuatkuasakan di Brisbane itu menyaksikan penduduk hanya boleh keluar dari rumah untuk urusan mustahak termasuk membeli barangan keperluan dan bersenam.

Arahan itu selepas bandar terbesar di Australia dan kawasan sekitarnya baru selesai minggu kelima perintah lockdown, ketika pihak berkuasa bertungkus-lumus untuk mengekang penularan varian Delta di sana.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Julai 2021 @ 12:49 PM