SEKATAN jalan raya di Medan, Sumatera Utara bagi mengekang pergerakan orang ramai yang bertujuan untuk mengelak penularan Covid-19. FOTO EPA
SEKATAN jalan raya di Medan, Sumatera Utara bagi mengekang pergerakan orang ramai yang bertujuan untuk mengelak penularan Covid-19. FOTO EPA
Agensi

Jakarta: Seramai 114 doktor meninggal dunia di Indonesia akibat Covid-19 untuk tempoh separuh pertama bulan Julai.

Kematian ini naik mendadak berbanding bulan sebelumnya ketika negara itu masih bergelut dengan jumlah kematian yang tinggi akibat Covid-19.

Persatuan Doktor Indonesia (IDI) berkata, seramai 114 doktor meninggal dunia pada 1 Julai hingga Sabtu lalu.

Pegawai Kanan IDI, Mahesa Paranadipa Maikel berkata, persatuan bimbang sistem perubatan sedia ada mungkin tidak mampu untuk bertahan.

"Jumlah itu mewakili 20 peratus daripada 545 doktor yang maut akibat wabak itu, dengan Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi sebanyak 110 orang," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 10:28 AM