PENUNTUT kolej melepasi mural dengan mesej kesedaran mengenai Covid-19, di Mumbai. FOTO AFP
PENUNTUT kolej melepasi mural dengan mesej kesedaran mengenai Covid-19, di Mumbai. FOTO AFP
BERNAMA

New Delhi: India merekodkan 48,786 lagi kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini 30,411,634, kata Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga pada Khamis.

Sementara itu sebanyak 1,005 kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 399,459 orang, lapor Sputnik.

Lebih 29.48 juta orang sudah sembuh sejak wabak mula dikesan di India.

Sehari sebelum, India mencatatkan 45,951 kes dengan 817 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 1:53 PM