FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Agensi

Singapura: Mungkin belajar dari pengalaman di Malaysia dan Indonesia, McDonald's Singapura hanya membenarkan BTS Meal dipesan melalui platform dalam talian iaitu McDelivery, Grab dan foodpanda.

Setiap hidangan berharga SG$8.90 (kira-kira RM27.40) dan setiap transaksi hanya boleh memesan maksimum SG$80 (kira-kira RM247).

Namun, selepas pesanan dibuka jam 11 pagi tadi, ia habis dipesan dalam tempoh lima minit.

Malah, sebahagian pengguna yang berjaya memesan hidangan berkenaan kecewa kerana ia tidak dilengkapi beg kertas bertema BTS.

CNA melaporkan, beberapa pelanggan meninggalkan rungutan di ruangan Instagram restoran makanan segera itu selepas berdepan masalah untuk membuat pesanan, walaupun selepas menanti agak lama.

Di Singapura, BTS Meal didatangkan dengan Chicken McNuggets, kentang goreng, minuman dan dua sos istimewa dan tidak seperti di Malaysia dan Indonesia, ia tidak dilengkapi beg kertas bertema BTS.

Menjelang tengah hari tadi, laman Carousell turut dipenuhi jualan semula kotak hidangan itu dengan harga mencecah SG$150 (kira-kira RM436).

Malah, harganya semakin mahal sekiranya bekas makanan itu sudah dibersihkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 6:51 PM