PINTU Damsyik. FOTO AFP
PINTU Damsyik. FOTO AFP
AFP

Baitulmaqdis: Polis Israel menahan 10 penduduk Palestin dalam pertempuran di masjid Al-Aqsa di sini, semalam

Dalam insiden itu, penunjuk perasaan warga Palestin melontarkan batu dan tentera Israel melepaskan tembakan peluru getah yang menyebabkan sembilan individu cedera.

Tiga daripadanya menerima rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan sembilan individu cedera termasuk tiga yang dirawat di hospital.

Kecederaan itu akibat dipukul dan terkena peluru getah.

Ketegangan berlaku selepas polis Israel memukul dan menahan penduduk Palestin pada Selasa selepas menutup Pintu Damsyik di sini.

Tindakan itu bertujuan memberi laluan kepada kepada penduduk Israel berkumpul dan memulakan perarakan nasionalis yang provokatif melalui Kota Lama Baitulmaqdis.

Perarakan digelar March of the Flags itu diadakan selepas ia dibatalkan sebelum ini kerana serangan Israel di Masjid Al-Aqsa dan ancaman pengusiran keluarga Palestin yang menyebabkan huru-hara di Baitulmaqdis.

Ia kemudian disusuli serangan udara rejim Zionis selama 11 hari di Semenanjung Gaza.

Selepas menutup jalan tertentu dan Pintu Damsyik, polis Israel dikatakan menahan rakyat Palestin di Baitulmaqdis, menjelang perarakan itu.

Turut tular adalah video dimuat naik di Twitter menunjukkan pegawai Israel memukul seorang Palestin di tangga dekat Pintu Damsyik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 11:21 AM