ORANG ramai beratur untuk menerima suntikan dos vaksin Covid-19, Sinopharm di pusat pemberian vaksin di Rawalpindi. FOTO AFP
ORANG ramai beratur untuk menerima suntikan dos vaksin Covid-19, Sinopharm di pusat pemberian vaksin di Rawalpindi. FOTO AFP
Agensi

Islamabad: Akses telefon bimbit bagi penduduk di wilayah Punjab di Pakistan akan disekat jika tidak divaksin Covid-19.

Itu antara langkah yang dilakukan kerajaan wilayah berkenaan dan kerajaan Persekutuan supaya lebih ramai rakyat negara itu menyertai program vaksinasi.

Keputusan dibuat Menteri Kesihatan Wilayah Punjab, Dr Yasmin Rashid, lapor agensi berita Gulf News.

Cadangan berkenaan akan dihantar kepada Ketua Menteri dan Gabenor untuk dipertimbangkan.

Kem vaksinasi bergerak di luar kuil di wilayah itu juga akan dibina bagi memudahkan orang ramai menerima suntikan vaksin.

Pembukaan semula perniagaan di semua daerah hanya akan dibuat selepas 20 peratus daripada jumlah penduduk sudah divaksin.

Pakistan melaporkan kira-kira 10.5 juta dos sudah diberikan di seluruh negara setakat ini dengan 310,236 dos dalam tempoh 24 jam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Jun 2021 @ 2:16 PM