AUNG San Suu Kyi. FOTO fail AFP
AUNG San Suu Kyi. FOTO fail AFP
AFP

Yangon: Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi berdepan tuduhan rasuah apabila dia didakwa menerima bayaran dalam bentuk emas dan wang tunai lebih setengah juta dolar Amerika Syarikat, lapor media negara itu pada Khamis.

Negara itu kini sedang bergolak sejak tentera menggulingkan Suu Kyi pada 1 Februari lalu dengan kira-kira 850 orang awam terbunuh terdiri daripada penunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa.

Penerima Anugerah Nobel yang berusia 75 tahun itu dan masih dalam tahanan sejak digulingkan, berdepan dengan pelbagai tuduhan jenayah termasuk menghasut serta melanggar undang-undang kerahsiaan.

Dalam tuduhan terbaharu berkaitan dakwaan Ketua Menteri Yangon bahawa Suu Kyi menerima secara tidak sah, wang tunai AS$600,000 (kira-kira RM2.4 juta) dan 11 kilogram emas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah menemui bukti Suu Kyi terbabit dalam kesalahan itu menggunakan 'jawatannya', menurut Global New Light Myanmar, akhbar tempatan negara itu.

"Suu Kyi dituduh mengikut Seksyen 55 Undang-Undang Pencegahan Rasuah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 12:51 PM