PENDUDUK Melbourne beriadah di sebuah taman ketika pelaksanaan lockdown di bandar raya itu. FOTO
PENDUDUK Melbourne beriadah di sebuah taman ketika pelaksanaan lockdown di bandar raya itu. FOTO
AFP

Melbourne: Melbourne akan menamatkan sekatan pergerakan (lockdown) dua minggu pada 11.59 malam, Khamis.

Pihak berkuasa berkata, ia selepas pematuhan kepada langkah kawalan yang ketat dalam kalangan lima juta penduduknya memberi kesan kepada penurunan kes Covid-19.

Pada Selasa, hanya satu kes baharu direkodkan.

Bagaimanapun, penduduk Melbourne masih tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan lebih 25 kilometer dari rumah atau menerima kunjungan pelawat di kediaman mereka.

Namun, perhimpunan di luar bangunan membabitkan sehingga 10 orang dalam satu kumpulan dibenarkan.

Sekolah, kafe, restoran dan salun kecantikan dibenar untuk dibuka semula, tetapi, gimnasium, dan pusat hiburan masih ditutup untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Australia dengan 25 juta penduduk setakat ini merekodkan 30,000 kes Covid-19 dan kurang 1,000 kematian.

Negara itu masih menutup pintu sempadannya untuk pengembara asing kecuali dari New Zealand.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Jun 2021 @ 2:13 PM