BERNAMA

Zhengzhou: Seorang maut, manakala tujuh lagi hilang dalam insiden lombong arang batu meletup di wilayah Henan, tengah China, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.

Insiden berlaku 5.50 petang Jumaat di lombong arang batu dikendalikan Hebi Coal and Electric Co, Ltd di Hebi City, lapor Agensi Berita Xinhua.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Jun 2021 @ 3:53 PM