MELBOURNE. FOTO EPA
MELBOURNE. FOTO EPA
AFP

Melbourne: Sekatan pergerakan (lockdown) di Melbourne yang juga bandar kedua terbesar di Australia dilanjutkan untuk seminggu lagi.

Perintah sebelum ini sepatutnya berakhir sebelum tengah malam Khamis.

Ia bagi mengekang penularan satu kluster Covid-19.

Penularan terbaharu itu dikaitkan dengan varian Kappa dikenal pasti dari India, berpunca daripada pengembara yang pulang ke Australia.

Ribuan kontak rapat sudah dikenal pasti.

Selain itu, pihak berkuasa sudah mengenal pasti senarai venue atau lokasi dilawati oleh 60 kes yang kini menjangkiti 350 orang.

Australia menutup pintu sempadan untuk kebanyakan pengembara kecuali dari New Zealand dan segera menguatkuasakan sekatan apabila kes baharu Covid-19 dikenal pasti.

Bagaimanapun, hanya dua peratus daripada populasinya yang sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

Setakat ini, Australia dengan 25 juta penduduk, merekodkan 30,000 kes Covid-19, dengan sebahagiannya dikesan di hotel kuarantin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Jun 2021 @ 11:44 AM