PETUGAS memeriksa suhu individu yang mahu memasuki pusat mengundi di Hanoi, ketika pilihan raya bagi memilih ahli Dewan Kebangsaan negara itu. FOTO AFP
PETUGAS memeriksa suhu individu yang mahu memasuki pusat mengundi di Hanoi, ketika pilihan raya bagi memilih ahli Dewan Kebangsaan negara itu. FOTO AFP
BERNAMA

Hanoi: Vietnam merekodkan 33 kes baharu Covid-19 termasuk dua kes import dan 31 jangkitan tempatan sejak 12 jam lalu hingga 6 pagi 23 Mei, lapor VNA, memetik Kementerian Kesihatan.

Kes penularan tempatan sebanyak 29 dilaporkan di Bac Ninh dan dua di Ninh Binh, utara Vietnam.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Vietnam setakat ini sebanyak 5,119, iaitu 2,066 dilaporkan sejak gelombang keempat bermula 27 April lalu.

Seramai 179,006 kontak rapat sedang dikuarantin.

Di antara pesakit yang menjalani rawatan, 56 yang menjalani semula ujian saringan didapati negatif pada kali pertama, 31 (saringan kali kedua) dan 31 (saringan kali ketiga).

Angka korban mencecah 41 orang sementara 2,721 lagi sudah pulih.

Pada 22 Mei, seramai 987 lagi disuntik vaksin Covid-19 menjadikan keseluruhan setakat ini melebihi satu juta, dengan 28,961 orang sudah menerima kedua-dua dos.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 1:00 PM