KIM Jong Un. FOTO AFP
KIM Jong Un. FOTO AFP
Agensi

Pyongyang: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan melarang pemakaian jean ketat untuk mempertahankan rejimnya.

Ia dibuat selepas dia khuatir pengaruh budaya barat akan mendorong generasi muda melawannya, lapor Rodong Sinmun.

Pyongyang mendakwa jean ketat, koyak dan 'gaya rambut mewah' dianggap gaya hidup kapitalis.

Jong Un juga bimbang digulingkan dan mengarahkan mereka yang mengenakan pakaian pelik perlu dihantar ke kem buruh paksa.

Larangan itu disiarkan di media rasmi Parti Pekerja Korea itu yang menyatakan fesyen aneh akan meruntuhkan negara.

"Sejarah memberikan pengajaran penting negara akan menjadi rapuh walaupun ekonomi dan pertahanannya kuat kerana tidak menjaga fesyen sendiri," kata media itu.

Ia turut mendakwa, negara itu perlu sentiasa berwaspada ancaman kapitalis dan berusaha menyingkirkannya.

Selain itu, Korea Utara akan menghukum rakyatnya yang mempunyai video produksi Korea Selatan.

Selain itu, memetik Daily Mirror, pemakaian subang serta menggayakan rambut berwarna juga dilarang.

Sumber berkata, gaya rambut bukan sosialis itu tidak akan diterima di Korea Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Mei 2021 @ 6:55 AM