FOTO pada 17 Mei menunjukkan kanak-kanak Palestin cedera selepas serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza. FOTO AFP
FOTO pada 17 Mei menunjukkan kanak-kanak Palestin cedera selepas serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza. FOTO AFP
BERNAMA

Ankara: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin mengecam rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kerana meluluskan penjualan senjata kepada Israel, lapor Agensi Berita Xinhua.

Presiden AS "melakarkan sejarah dengan tangan berdarah dalam insiden ini ketika Gaza diserang secara keterlaluan," kata Erdogan pada sidang media yang mengulas mengenai pertempuran antara Israel dan Palestin baru-baru ini.

"Anda sudah memaksa kami bersuara. Kami tidak boleh berdiam lagi mengenai hal ini," tambahnya.

"Bumi Palestin dibanjiri dengan darah dan kekejaman. Anda turut menyokongya," kata Erdogan.

Pada awal pagi, kerajaan AS dilaporkan meluluskan penjualan senjata berpandu bernilai AS$735 juta (kira-kira RM3 bilion) kepada Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 2:17 PM