SEORANG lelaki Palestin membuat persiapan untuk pengebumian jenazah anggota keluarga Kawlak yang terbunuh dalam serangan udara Israel di penempatan Rimal, Gaza. FOTO AFP
SEORANG lelaki Palestin membuat persiapan untuk pengebumian jenazah anggota keluarga Kawlak yang terbunuh dalam serangan udara Israel di penempatan Rimal, Gaza. FOTO AFP
AFP

Gaza: Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin, termasuk lapan kanak-kanak terbunuh, dalam serangan udara Israel di Gaza yang disifatkan angka korban tertinggi minggu ini, kata pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Kesihatan berkata, seramai 181 rakyat Palestin, termasuk 52 kanak-kanak terkorban, akibat serangan udara rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza, sejak Isnin lalu, selepas pejuang Hamas membedil roket ke arah Israel.

Pertempuran terbaru antara Palestin dan Israel bermula Isnin lalu berpunca daripada insiden di Masjid al-Aqsa, susulan tindakan Israel yang mengusir penduduk Palestin dari rumah mereka di Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis.

Selain itu, ia juga disebabkan tindakan pasukan keselamatan Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa.

Rejim Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza pada malam Isnin dan Selasa, sebagai tindak balas kepada Hamas yang melancarkan roket ke arah wilayah dikuasai Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Mei 2021 @ 9:24 PM