PEKERJA melinTas jalan ketika waktu puncak pada sebelah pagi
PEKERJA melinTas jalan ketika waktu puncak pada sebelah pagi
AFP

Beijing: Populasi penduduk China meningkat kira-kira lima peratus sepanjang dekad lalu kepada 1.41 bilion orang, menurut data bancian pihak berkuasa negara itu pada Selasa.

Pertumbuhan 5.4 peratus itu adalah paling perlahan sejak 1960-an.

Ia meskipun Beijing sudah meminda 'polisi satu anak' pada 2016 untuk membenarkan keluarga mempunyai dua anak.

Ia bagi mengatasi masalah peningkatan golongan tua dan kekurangan tenaga kerja.

Bagaimanapun, perubahan polisi itu dilihat masih belum menyumbang kepada peningkatan kadar kelahiran.

Ia antaranya disebabkan kadar perkahwinan yang menurun sejak beberapa tahun lalu dan pasangan berdepan masalah kos sara hidup untuk membesarkan anak di bandar utama.

Selain itu, wanita juga memilih untuk menangguhkan atau tidak mahu hamil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Mei 2021 @ 11:24 AM