AFP

Shanghai: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, manakala lebih 100 yang lain cedera selepas ribut melanda sebuah bandar berhampiran Shanghai.

Pihak berkuasa China berkata, kejadian itu berlaku pada malam Jumaat.

Sembilan kru sebuah bot nelayan yang karam, masih hilang, manakala dua lagi diselamatkan.

Angin kencang membadai Nantong, bandar dengan lapan juta penduduk di utara tebing Sungai Yangtze.

Ia disertai dengan hujan batu yang bersaiz batu marmar besar.

Mangsa yang maut akibat ditimpa pokok dan tiang elektrik atau diterbangkan angin sehingga ke dalam air.

Pihak berkuasa berkata, 102 individu cedera dan banyak rumah yang rosak dengan lebih 3,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Mei 2021 @ 2:22 PM