ORANG ramai mengunjungi rumah ahli keluarga kepada salah seorang kru kapal selam berkenaan. FOTO fail AFP
ORANG ramai mengunjungi rumah ahli keluarga kepada salah seorang kru kapal selam berkenaan. FOTO fail AFP
Agensi

Jakarta: Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto memberi jaminan mengenai bantuan biasiswa pendidikan kepada anak kepada kru KRI Nanggala 402.

Tribunnews melaporkan perkara itu dinyatakan beliau ketika mengunjungi rumah salah satu kru kapal selam berkenaan di Surabaya, baru-baru ini.

KRI Nanggala-402 ditemui di dasar laut di perairan Bali dengan semua 53 anak kapal disahkan meninggal dunia.

Berdasarkan visual daripada kenderaan dalam air kawalan jauh (ROV), kapal itu 'terbelah menjadi tiga bahagian' di kedalaman 838 meter di dasar laut.

Sebelum ini, kapal itu dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo.

Latihan itu turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 April 2021 @ 4:30 PM