PETUGAS memberikan rawatan kepada seorang individu yang disyaki positif Covid-19. FOTO EPA
PETUGAS memberikan rawatan kepada seorang individu yang disyaki positif Covid-19. FOTO EPA
AFP

New Delhi: India merekodkan hampir 315,000 kes Covid-19 pada Khamis iaitu kes harian tertinggi dunia.

Data Kementerian Kesihatan negara itu menunjukkan 314,835 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia mengatasi rekod mana-mana negara sejak pandemik Covid-19 menular.

Selain itu, data menunjukkan 2,074 lagi kematian menjadikan jumlah mangsa meninggal dunia akibat virus berkenaan di negara itu kepada hampir 185,000 orang .

Bagaimanapun, nisbah kematian dengan populasi penduduknya disifatkan rendah berbanding negara lain.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 1:10 PM