Cuti Songkran punca Thailand terus catat kes tinggi. FOTO AFP
Cuti Songkran punca Thailand terus catat kes tinggi. FOTO AFP
BERNAMA

Bangkok: Thailand terus mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi, kali keempat dalam minggu ini.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) berkata kes baharu itu merangkumi 1,540 penularan tempatan, 1,161 mereka yang mendapatkan rawatan di hospital, 379 melalui pengesanan kes aktif dan tiga kes import.

Bangkok mencatat kes tertinggi iaitu 409, diikuti Chiang Mai (278) dan Chonburi (98).

Pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan kerana jumlah kes baharu dijangka terus meningkat kerana pergerakan semasa cuti tahun baru Songkran minggu ini.

Semalam, Ketua Operasi CCSA, Jeneral Natthapon Nakpanich meminta kerajaan untuk mengenakan sekatan pergerakan di beberapa kawasan termasuk Bangkok dan Chiang Mai.

Terkini, penularan berkaitan pusat hiburan di Bangkok mencecah 7,074 kes dan sudah merebak ke 75 dari 77 wilayah sejak 1 April.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 April 2021 @ 8:57 PM