SUASANA di Sungai Chao Phraya di Bangkok. Umat Islam di Thailand mula berpuasa esok, menurut Pejabat  Sheikhul Islam Thailand. FOTO AFP
SUASANA di Sungai Chao Phraya di Bangkok. Umat Islam di Thailand mula berpuasa esok, menurut Pejabat Sheikhul Islam Thailand. FOTO AFP
BERNAMA

Bangkok: Umat Islam di Thailand mula berpuasa esok, menurut Pejabat Sheikhul Islam Thailand.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Sheikhul Islam Thailand Aziz Pitakkumpol mengumumkan tarikh berpuasa yang ditetapkan esok dalam satu kenyataan hari ini dan pengumuman itu turut disiarkan oleh stesen televisyen dan radio di Thailand.

Pejabat Sheikhul Islam Thailand sebelum ini menetapkan melihat anak bulan Ramadan berlangsung hari ini di Bukit Parik, Daerah Jaha, Wilayah Yala di selatan Thailand.

Sementara itu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengucapkan selamat berpuasa kepada semua penganut Islam di Thailand dan menggesa mereka supaya sabar dan tabah dalam menjalani ibadah di bulan suci ini.

"Pandemik Covid-19 yang berterusan mungkin menjadi satu penghalang untuk melaksanakan ibadat tetapi ia juga merupakan satu peluang yang baik bagi Muslim Thai meningkatkan kesucian dan kekuatan mental dengan keteguhan iman yang akan membawa kepada keamanan berpanjangan di dalam masyarakat dan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau Muslim Thai diberi peluang untuk melaksanakan ibadat mereka dan menzahirkan kekuatan iman dan takwa serta kesabaran dalam berpuasa, menjauhi segala bentuk kejahatan dan berbuat baik kepada yang lain, semuanya merupakan kunci utama kepada kesucian minda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 11:36 PM