BERNAMA

Manila: Sebuah kapal tangki minyak dan kapal kargo bertembung di perairan Cavite City, barat daya Manila, Filipina, namun tiada kecederaan dilaporkan, kata Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Khamis.

Jurucakap PCG Komander Armando Balilo berkata kapal tangki Thailand, Rich Rainbow sedang belayar dari Filipina ke China sebelum berlanggar dengan Ivy Alliance yang berdaftar di Kepulauan Marshall.

Kejadian berlaku di perairan bandar Cavite pada Rabu malam dan tiada tumpahan minyak dilaporkan, menurut Agensi Berita Xinhua.

Perlanggaran itu menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua kapal, kata Balilo.

PCG dimaklumkan mengenai insiden itu sebelum 10 malam, waktu tempatan Rabu.

Punca kejadian dan masa sebenar nahas berlaku sedang disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 3:35 PM