DJIBOUTI.
DJIBOUTI.
AFP

Tehran: Kapal dagang Iran mengalami kerosakan kecil akibat 'letupan' di Laut Merah, kata Kementerian Luar negara itu.

Ia susulan laporan media Amerika Syarikat (AS) bahawa kapal dagang itu terkena senjata rejim Israel.

Jurucakap kementerian berkata, letupan pada kapal dagang MV Saviz itu berlaku di luar persisir pantai Djibouti kira-kira 6 pagi (waktu tempatan).

Agensi berita Iran, Tasnim sebelum ini melaporkan kapal berkenaan yang digunakan oleh tentera mengalami kerosakan kerana 'periuk api magnetik'.

Dalam pada itu, The New York Times yang memetik satu laporan mendakwa Israel memberitahu Washington bahawa serangan ke atas kapal berkenaan sebagai tindak balas terhadap tindakan Iran menyerang kapal Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 April 2021 @ 4:20 PM