Agensi

Jakarta: Bahagian kotak hitam mengandungi perakam suara kokpit (CVR) pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu dekat sini, pada Januari lalu, sudah ditemui.

Ia disahkan oleh jurucakap Kementerian Perhubungan, Adita Irawati kepada Kompas.

Bagaimanapun, Adita tidak mengulas mengenai waktu dan lokasi penemuan alat itu.

"Sudah ditemukan, nanti jam 11 pagi (waktu tempatan) akan diumumkan," katanya.

CVR yang juga bahagian kotak hitam adalah komponen penting untuk menyiasat punca nahas pesawat SJ 182 itu.

Pada kejadian 9 Januari itu, pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak itu terhempas di perairan Kepulauan Seribu dekat sini.

Nahas mengorbankan semua 62 penumpang, termasuk 12 anak kapal.

FOTO fail menunjukkan pasukan mencari bangkai pesawat berkenaan. FOTO EPA
FOTO fail menunjukkan pasukan mencari bangkai pesawat berkenaan. FOTO EPA

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 11:31 AM