INDIVIDU menerima suntikan vaksin Covid-19 Moderna di  San Antonio, Texas, Amerika Syarikat. FOTO AFP
INDIVIDU menerima suntikan vaksin Covid-19 Moderna di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat. FOTO AFP
AFP

Beijing: Covid-19 berkemungkinan disebarkan daripada kelawar kepada manusia menerusi haiwan lain.

Ia dirumuskan oleh laporan misi antarabangsa ke China yang dilihat oleh AFP pada Isnin.

Selain itu, ia menolak dakwaan bahawa virus itu berpunca dari kebocoran makmal.

Bagaimanapun, draf laporan yang panel antarabangsa dilantik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak di China itu, tidak menjelaskan bagaimana virus itu dapat menular kepada manusia.

Covid-19 sudah menyebabkan 2.7 kematian di seluruh dunia sejak 15 bulan ia dikesan, menyebabkan banyak negara terpaksa menguatkuasakan sekatan yang menjejaskan ekonomi global.

Misi antarabangsa ke Wuhan yang menjadi pusat penularan virus itu sebelum ini berdepan penangguhan dan pelbagai halangan diplomatik.

Mereka akhirnya tiba pada 14 Januari, setahun selepas kes pertama Covid-19 dikesan.

Pakar percaya virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19 itu berasal dari kelawar.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mac 2021 @ 8:28 AM