GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP
AFP

Amman: Sekurang-kurangnya enam pesakit Covid-19 maut selepas hospital yang menempatkan mereka kehabisan oksigen.

Menteri Kesihatan, Nazir Obeidat berkata, kejadian berlaku antara jam 6 dan 7 pagi ini.

"Hospital yang terletak di Salt itu kehabisan oksigen selama kira-kira setengah jam," katanya.

Berikutan kejadian itu, Obeidat meletak jawatan.

Sumber perubatan memaklumkan bahawa pesakit yang maut itu masing-masing tiga lelaki dan wanita.

Menteri berkata, satu siasatan sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian di hospital kerajaan itu atau adakah ia menjadi punca kematian mangsa.

"Sebagai menteri kesihatan, saya mengambil tanggungjawab atas kejadian ini dan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada perdana menteri.

"Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklum balas," katanya.

Perdana Menteri, Bisher al-Khasawneh mengarahkan siasatan lanjut dilakukan ke atas kejadian itu dan mahukan pihak yang terbabit bertanggungjawab.

Jordan yang memulakan kempen vaksinasi Covid-19 Januari lalu merekodkan lebih 460,000 kes jangkitan dan lebih 5,200 kematian sejak tahun lalu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 9:07 PM