AFP

Bangkok: Thailand menangguhkan program imunisasi Covid-19 dengan vaksin AstraZeneca, kata pihak berkuasa kesihatan negara itu, pada Jumaat.

Ia selepas beberapa negara Eropah menangguhkan program sama berikutan kebimbangan mengenai darah beku.

"Walaupun kualiti AstraZeneca adalah baik, beberapa negara sudah mengumumkan untuk menangguhkan penggunaannya," kata Piyasakol Sakolsatayadorn, penasihat jawatankuasa Covid-19 Thailand, dalam satu sidang media.

"Jadi, kita akan turut sama menangguhkannya, katanya.

VAKSIN AstraZenecaFOTO AFP
VAKSIN AstraZenecaFOTO AFP

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 11:29 AM