RIDA pengsan kerana fobia selepas menerima suntikan vaksin Covid-19. FOTO Agensi
RIDA pengsan kerana fobia selepas menerima suntikan vaksin Covid-19. FOTO Agensi
BERNAMA

Jakarta: Gara-gara fobia dengan jarum, seorang lelaki di Samarinda, Indonesia pengsan selepas disuntik vaksin oleh jururawat yang juga isterinya sendiri.

Portal Kompas melaporkan insiden itu berlaku pada Isnin lalu ketika Datuk Bandar Samarinda, Andi Harun bersama kakitangan pejabat dan beberapa pemberita hadir bagi menerima suntikan vaksin untuk menjayakan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan.

Rida yang bertugas sebagai pegawai negeri dilaporkan masih sedarkan diri sebelum diberi suntikan vaksin.

Malah, lelaki itu sudah bersiap sedia dan sempat bersarapan sebelum hadir ke pusat vaksinasi.

Terdahulu, Rida seperti penerima suntikan vaksin lain perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Setibanya giliran lelaki itu, dia menuju ke bilik khusus dan secara kebetulan isterinya yang bertugas untuk menyuntik vaksin.

Namun, lelaki itu dengan tiba-tiba pengsan sebaik selesai menerima suntikan berkenaan.

Petugas perubatan kemudiannya bergegas memberi bantuan dan Rida kembali sedar beberapa minit kemudian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mac 2021 @ 6:32 AM