Foto hiasa
Foto hiasa
Agensi

Ramallah: Palestin gesa masyarakat antarabangsa segera campur tangan dengan memberi tekanan kepada Israel supaya membenarkan penghantaran vaksin Covid-19 ke Semenanjung Gaza yang dikepung, lapor Agensi Berita Xinhua.

Jurucakap kerajaan Palestin Ibrahim Milhem dalam taklimat media di Kota Ramallah di Tebing Barat berkata tindakan Israel menghalang kemasukan vaksin Covid-19 ke Gaza 'melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan'.

Beliau menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 'mengutuk tindakan Israel dan segera menekan Israel untuk membenarkan penghantaran vaksin ke Semenanjung Gaza'.

Pada kelmarin, Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila menuduh Israel menyekat penghantaran kumpulan pertama sebanyak 2,000 dos vaksin Sputnik Rusia ke Semenanjung Gaza.

"Dos itu akan diberi kepada kakitangan perubatan di unit rawatan intensif pesakit Covid-19 dan petugas di jabatan kesihatan kecemasan," kata al-Kaila.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2021 @ 2:56 PM