Jepun meluluskan vaksin Covid-19 hari ini, dalam usaha melaksanakan program inokulasi besar-besaran sebagai persiapan menghadapi temasya Olimpik 2021 yang tertangguh. FOTO AFP
Jepun meluluskan vaksin Covid-19 hari ini, dalam usaha melaksanakan program inokulasi besar-besaran sebagai persiapan menghadapi temasya Olimpik 2021 yang tertangguh. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Jepun meluluskan vaksin Covid-19 hari ini, dalam usaha melaksanakan program inokulasi besar-besaran sebagai persiapan menghadapi temasya Olimpik 2021 yang tertangguh.

Pejabat Perdana Menteri dalam hantaran di Twitter berkata, menteri kesihatan memberi kelulusan khas untuk vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.

Jepun kini menjangka untuk memberikan vaksin kepada 10,000 hingga 20,000 kakitangan perubatan seawal Rabu ini, sebelum melaksanakan pemberian vaksin kepada lebih ramai kakitangan perubatan dan warga emas bermula April nanti.

Ketika ini, kerajaan masih belum menyenaraikan jadual untuk pemberian vaksin kepada semua 126 juta penduduk.

Pegawai Olimpik menegaskan bahawa temasya Tokyo 2021 itu akan tetap dilaksanakan walaupun Covid-19 masih membelenggu penduduk dunia.

Atlet dan peserta acara berkenaan digalakkan untuk mengambil vaksin Covid-19, namun tidak diwajibkan.

Ketika ini, Jepun sedang berusaha mendapatkan picagari khas yang boleh memuatkan sehingga enam dos dari setiap vial vaksin Pfizer-BioNTech.

Picagari yang digunakan secara meluas ketika ini hanya mampu memuatkan lima dos.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2021 @ 6:45 PM