JINGYANG ketika mengendalikan  upacara pengebumian. FOTO AGENSI
JINGYANG ketika mengendalikan upacara pengebumian. FOTO AGENSI
Agensi

Beijing: Demi kasih, seorang bapa di China sanggup bekerja di tanah perkuburan semata-mata mahu menziarahi pusara anaknya setiap hari.

Gu Jingyang, 36, sanggup meninggalkan pekerjaan asalnya dan bekerja di situ sejak lebih lima bulan lalu.

Dia mahu sentiasa 'dekat' dengan anaknya yang dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Luoyang, Henan yang maut akibat barah.

Anaknya yang berusia lapan tahun itu meninggal dunia akibat barah.

Media melaporkan sejak anaknya disahkan menghidap penyakit itu pada Oktober 2017, lelaki terbabit dan isterinya berhabis wang bagi mencuba pelbagai kaedah rawatan sehingga sanggup berhutang.

JINGYANG di pusara anaknya.
JINGYANG di pusara anaknya.

Namun, pada Julai tahun lalu, anak mereka menghembuskan nafas terakhir.

Oleh kerana terlalu sayangkan anaknya itu, Jingyang membuat keputusan meminta kerja di tanah perkuburan itu bagi 'menemani' anaknya setiap hari.

Katanya, dia akan membersihkan pusara anaknya dan 'bercakap' dengan anaknya itu selepas tamat waktu bekerja bagi mengubat kesedihan dan kerinduan terhadap anaknya itu.

"Anak saya 'sendirian' di sana, jadi bimbang dia sedih bila bersendirian jadi saya mahu dekat dengannya.

"Selepas lima bulan bekerja di sini, saya menyedari makna sebenar pekerjaan ini.

"Saya nekad sebaik mungkin untuk membantu mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam melupakan kesedihan dan meneruskan kehidupan mereka," katanya dalam portal eva.vn.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2021 @ 6:01 AM