RAKAMAN CCTV singa di pekarangan hotel.
RAKAMAN CCTV singa di pekarangan hotel.
Agensi

New Delhi: Kelibat seekor singa memasuki sebuah hotel di Gujarat, India pada Isnin lalu mengejutkan kakitangan hotel berkenaan.

Memetik laporan India Today, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan singa itu melompat melepasi tembok pagar pintu utama dan memasuki kawasan parkir sebelum 'bersiar-siar' dalam Hotel Sarovar Portico di Junagadh.

Pengawal keselamatan yang duduk di pondok pintu utama ketakutan nampak kemunculan haiwan itu.

Bagaimanapun, dia lega beberapa saat kemudian, melihat haiwan itu kembali melompat melepasi tembok itu dan menyusuri jalan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2021 @ 6:00 AM