BERNAMA

Taipei: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda rantau Taiwan awal pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi yang berlaku pada 1.36 pagi itu, berpusat di 115 kilometer (km) Tenggara dari Keelung, Taiwan pada kedalaman 92 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2021 @ 9:28 AM