FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Agensi

Batam: Gara-gara berang kerana permintaannya untuk membeli kasut baharu tidak dituruti, seorang lelaki hilang kawalan hingga sanggup membunuh isterinya.

Tribunnews melaporkan, suspek dikenali Supriadi, 32, dikatakan mencekik leher isterinya, Nurvita Sari, 26, sebelum membenam kepala mangsa di dalam baldi hingga wanita itu meninggal dunia.

Supriadi dipercayai melakukan perbuatan itu di rumahnya di Barelang di sini, dan mayat mangsa ditemui di ruang tamu kediaman.

Sebelum kejadian, Supriadi dikatakan meminta wang daripada mangsa untuk membeli kasut baharu bagi kegunaan ke tempat kerja baharunya.

Mangsa bagaimanapun tidak melayan permintaan suaminya itu dengan memberi alasan tiada wang.

Supriadi kemudian masuk ke bilik tidur dan mengambil wang dari almari sebelum ia dirampas semula mangsa.

Lelaki itu mempersoalkan tindakan isterinya, namun wanita itu memberi alasan tiada keperluan suaminya membeli kasut baharu.

Jurucakap Polis Barelang, Juwita Oktaviani berkata, suspek bagaimanapun tampil menyerah diri di balai polis Balerang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2021 @ 7:20 AM