REMAJA bermain papan selaju di Singapura. FOTO AFP
REMAJA bermain papan selaju di Singapura. FOTO AFP
BERNAMA

Singapura: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan dua daripada 33 kes import Covid-19 yang tidak bergejala dilaporkan semalam, adalah rakyat Malaysia.

Kedua-dua lelaki adalah pemegang permit kerja tiba dari Malaysia itu masing-masing dilabelkan sebagai kes 59230 dan 59232, menurut data penuh kementerian yang dikeluarkan pada Rabu.

Setakat tengah hari semalam, republik itu melaporkan sejumlah 38 kes baharu Covid-19 iaitu 37 import dan satu kes penularan tempatan membabitkan penghuni asrama.

Daripada jumlah kes baharu itu, kementerian memaklumkan 34 tidak menunjukkan gejala termasuk kes di asrama dan mereka dikesan daripada pengawasan dan saringan proaktif, manakala empat lagi kes bergejala.

Kesemua kes import termasuk dua rakyat Malaysia berusia 55 dan 44 tahun sudah dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Dengan angka kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kepada 58,984 kes.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 10:07 AM