Laporan Harian Metro.
Laporan Harian Metro.
BERNAMA

Jakarta: Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan telah dimaklumkan tiada warga negara Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pukul 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Berita berkaitan

Pesawat Sriwijaya Air terhempas?

[TERKINI] Pesawat terhempas di Kepulauan Seribu

[TERKINI] Operasi kesan titik pesawat terhempas

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 10:26 PM