KEADAAN di jalan di daerah Hongdae, Seoul. FOTO AFP
KEADAAN di jalan di daerah Hongdae, Seoul. FOTO AFP
Agensi

Seoul: Korea Selatan menawarkan ganjaran sehingga 100 juta won (kira-kira RM369,279) kepada pasangan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak dalam usahanya meningkatkan populasi penduduk.

Korea New Network (KNN) melaporkan bandar Changwon di Gyeongsang Selatan kini berusaha mengatasi masalah populasi penduduk yang menurun dengan insentif kewangan dasar baru menerusi pemberian pinjaman kepada semua pasangan suami isteri yang tinggal di bandar.

Sekiranya pasangan itu melahirkan satu anak, tiada faedah pinjaman dikenakan.

Bagi dua anak, 30 peratus pinjaman dikecualikan.

Tiada pembayaran balik pinjaman dikenakan kepada pasangan yang mempunyai tiga anak atau dalam erti kata lain dikira sebagai hadiah buat mereka.

Wakil Jabatan Perancangan Changwon, Kim Jong-pil berkata, polisi baru itu ditetapkan bagi menggalakkan perkahwinan dan kelahiran zuriat di bandar itu berikutan kebimbangan susulan penurunan kadar kelahiran di seluruh negara.

Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan memaklumkan negara itu mencatatkan lebih banyak kematian daripada kelahiran pada tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 6:31 AM