GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Makasar: Ucapan terakhir si anak kepada keluarganya hanya akan melihat jasad dan pakaiannya saja menjadi kenyataan apabila remaja itu maut ditikam suaminya sendiri.

Mangsa yang berusia 14 tahun baharu saja sebulan bernikah dengan suaminya, Kamaluddin, 20.

Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu, suspek dipercayai menikam isterinya bertubi-tubi di wilayah Bone, Sulawesi Selatan.

Menurut jiran mangsa dikenali sebagai Irmha, pada malam sebelum kejadian, pasangan itu di rumah ibu bapa mangsa apabila suspek membantu mentuanya membaiki rumah.

"Kira-kira jam 11 malam, suspek mengajak isterinya pulang ke rumah ibu bapanya pula, tetapi remaja perempuan itu enggan menuruti permintaan suaminya.

"Bagi menjernihkan keadaan, ibu bapa mangsa memaksanya mengikut permintaan suaminya.

"Mangsa akur namun sempat berpesan...jika keluarga memaksanya, mereka tidak akan melihatnya lagi, tetapi cuma jasad dan pakaian saja.

"Tidak sangka apa yang diucapkannya itu menjadi kenyataan," katanya.

Menurutnya, tiada siapa menyangka kejadian tragis itu berlaku kerana pasangan itu sudah lama mengenali dan berkahwin atas dasar suka sama suka, awal Oktober lalu.

"Sepanjang berumah tangga, mereka kerap bertengkar.

"Pada malam sebelum kejadian, pasangan itu berada di rumah ibu bapa mangsa apabila suspek membantu mentuanya membaiki rumah," katanya dalam Tribunnews.

Katanya, suspek mengajak isterinya pulang ke rumah ibu bapanya pula, tetapi dia enggan menurut permintaan suaminya.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tanete Riattang, Samson berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya masih memburu suspek yang melarikan diri.

"Pertelingkahan mereka bermula pada malam Khamis hingga terbawa pada keesokan harinya, namun berjaya dileraikan ibu bapa suspek," katanya.

"Mangsa diancam suaminya dan cuba melarikan diri namun suspek mengejarnya.

"Suspek menikam isterinya bertubi-tubi hingga maut di tempat kejadian sebelum lelaki itu melarikan diri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 6:01 AM