GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Jakarta: Indonesia mencatatkan lebih 300,000 kes jangkitan Covid-19 dengan pertambahan 4,056 kes baharu hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Covid-19, Wiku Adisasmito berkata, penularan virus berkenaan masih terus terjadi hingga kini berikutan masyarakat mengabaikan protokol kesihatan yang ditetapkan kerajaan.

"Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 adalah 311,176 dengan 121 kematian baharu. Angka ini sangat besar dan membuktikan bahawa penularan terus berlaku.

"Angka jangkitan akan terus meningkat jika ada antara kita mengabaikan protokol kesihatan," katanya seperti dilaporkan Liputan6.

Menurutnya, pihaknya meminta agar masyarakat disiplin dalam menjalankan protokol kesihatan agar kes jangkitan baharu dapat dikurangkan.

"Mulakan memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan sabun, menjaga jarak selamat dan jangan berhimpun.

"Harus diingat bahawa turun atau naiknya kes jangkitan ditentukan oleh tahap disiplin terhadap protokol kesihatan. Jika disiplin maka angka kes positif akan turun," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 8:54 PM