GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Riyadh: Mulai awal Oktober, Arab Saudi akan menarik balik larangan perjalanan secara beransur-ansur bagi membolehkan ibadah umrah dilaksanakan, lapor Agensi Anadolu.

Menurut agensi berita rasmi Arab Saudi semalam keputusan untuk membenarkan kembali ibadah Umrah itu dibuat selepas hampir enam bulan larangan dikenakan berikutan penularan wabak Covid-19.

Mulai 4 Oktober, Arab Saudi dan penduduk asing dibenarkan menunaikan umrah dengan kapasiti 30 peratus atau 6,000 jemaah sehari, lapor Saudi Press Agency (SPA )memetik sumber di Kementerian Dalam Negeri.

Bermula 18 Oktober, seramai 15,000 jemaah sehari boleh mengerjakan umrah dan menunaikan solat di Masjid Nabawi di Madinah.

Agensi itu mengatakan kebenaran jemaah antarabangsa pula akan bermula pada 1 November.

Mulai 1 November juga Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dibuka pada kapasiti penuh dengan melaksanakan langkah pencegahan Covid-19.

"Sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri menegaskan langkah itu diambil pastikan aspek pencegahan dan penjarakan sosial dipenuhi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 6:59 AM