Plakad dengan gambar mereka yang terbunuh dalam Penerbangan 302 Ethiopian Airlines dibawa keluarga mangsa ketika Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Dave Calhoun memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kecil Siasatan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kerajaan Senat mengenai budaya keselamatan di Boeing, di Capitol Hill di Washington, A.S. FOTO REUTERS

Bernama-Sputnik

Washington: Seorang pekerja Boeing memberitahu penyiasat kongres bahawa syarikat itu kehilangan kawalan terhadap ratusan komponen rosak dan mungkin telah memasangnya dalam pesawat 737 Max, kata Senator Amerika Syarikat (AS) Blumenthal kepada CNN pada Selasa, lapor Sputnik.

Pekerja Boeing berkenaan berkata penyelia syarikat mengarahkannya untuk menyembunyikan komponen rosak itu daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan kini dikenakan tindakan balas.

"Dakwaannya sangat serius," kata Blumenthal kepada CNN. "Penjelasannya mengenai tindakan balas terhadapnya sangat menakutkan, tekanan yang diberikan kepadanya untuk berdiam diri. Mereka mempunyai program yang dipanggil Speak Up, tetapi dia diarahkan untuk diam."

Laporan itu memetik kenyataan Boeing yang mengatakan syarikat itu sedang mengkaji dakwaan pemberi maklumat itu.

"Kami sentiasa menggalakkan pekerja melaporkan semua kebimbangan kerana keutamaan kami adalah memastikan keselamatan pesawat dan penumpang," menurut Boeing dalam kenyataan itu.

Dakwaan baharu berkenaan muncul ketika Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, David Calhoun dijadualkan memberi keterangan pada petang Selasa di hadapan jawatankuasa kecil Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Senat yang dipengerusikan Blumenthal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 11:49 AM