Dr. Benjamin Jacob Brown (Pejabat Syerif Daerah Santa Rosa) dan Hillary Ellington Brown (Rumah Pengebumian Rose Lawn)
Dr. Benjamin Jacob Brown (Pejabat Syerif Daerah Santa Rosa) dan Hillary Ellington Brown (Rumah Pengebumian Rose Lawn)
Agensi

Santa Rosa County, Florida: Pakar bedah plastik Dr. Benjamin Brown, 41, ditahan pada Isnin dan didakwa atas tuduhan membunuh isterinya selepas enggan menghubungi bantuan 911 selepas 20 minit wanita itu mengalami serangan jantung.

Fox Coralina melaporkan pertuduhan itu juga disifatkan sebagai pembunuhan jenayah tahap kedua, menurut Pejabat Syerif Daerah Santa Rosa.

Hillary Brown, 33, meninggal dunia seminggu selepas beberapa siri prosedur kosmetik pada November lalu di Restore Plastic Surgery di Gulf Breeze, Florida.

Pihak berkuasa berkata dia mengalami serangan jantung dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan perubatan, di mana dia kemudiannya terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sebelum meninggal dunia pada 28 November 2023.

Selepas siasatan menyeluruh bersama Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Satu dan Pejabat Peguam Negeri, detektif dengan pejabat sheriff meminta waran untuk menangkap Brown.

Dia kini ditahan di penjara daerah sementara menunggu kehadiran awal mahkamah di mana bon akan ditentukan.

Portal Law & Order melaporkan dokumen Lembaga Perubatan menyatakan bahawa pada hari dia mengalami serangan jantung, Hillary dijadualkan menjalani pembedahan lipatan otot kecil/parut perut, menyedut lemak lengan, suntikan bibir dan prosedur pelarasan telinga.

Sebelum prosedur itu, Hillary yang tidak mempunyai latihan perubatan formal sebagai jururawat atau doktor, didakwa menyediakan beg IVnya sendiri dan menelan pil pelbagai warna, termasuk Valium," tulis lembaga perubatan itu.

Semasa Dr. Brown membenarkan isterinya menjahit kulitnya sendiri selepas prosedur awal, Hillary menjadi gelisah dan kakinya mula berkedut.

Semasa Dr. Brown melakukan proses sedut lemak lengan isterinya, kedutan menjadi lebih teruk.

"Hillary didakwa menyatakan bahawa penglihatannya mula kabur, dan pemandangan matanya bertukar menjadi warna oren.

"Keresahan, otot berkedut, dan penglihatan kabur adalah semua tanda awal ketoksikan lidocaine.

"Dr Brown didakwa terus menyuntik lidocaine/Xylocaine pada muka Hillary. Tidak lama kemudian Hillary menjadi tidak bertindak balas dan mula mengalami sawan," katanya.

Lembaga Perubatan menyatakan bahawa apabila pesakit mengalami sawan semasa prosedur perubatan, standard penjagaan profesional lazim minimum memerlukan doktor untuk "segera memulakan pemindahan kecemasan ke tahap penjagaan yang lebih tinggi.

"Seorang pembantu perubatan bertanya kepada Dr. Brown jika mereka perlu menghubungi 911 dan Dr. Brown berkata tidak.

"Dalam tempoh 10-20 minit seterusnya, seorang pembantu perubatan bertanya kepada Dr. Brown jika mereka perlu menghubungi 911 dan beliau berkata 'tidak,' atau 'tunggu.'

"Kira-kira 10 hingga 20 minit selepas Hillary mengalami sawan, Dr Brown mengarahkan pembantu untuk menghubungi 911, tetapi isterinya tidak pernah sedarkan diri.

Punca kematiannya kemudiannya ditentukan sebagai "komplikasi berikutan ketoksikan lidocaine".

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 10:31 AM