Bernama-Sputnik

Moscow: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennesse, lapor Sputnik yang memetik Jabatan Polis Memphis, pada Ahad.

"Pada 7.19 malam (Sabtu, 00:00 GMT pada Ahad) , pegawai bergegas ke Blok 2400 Lebuh Carnes mengenai tembakan. Pegawai menemukan lima mangsa dengan luka tembakan di lokasi, tiga daripada mereka dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal, dan dua lelaki sudah meninggal dunia," kata polis di laman X.

Sejumlah enam orang cedera dalam kejadian tembakan itu dengan seorang daripada mereka masih dalam keadaan kritikal, kata polis.

Insiden itu berlaku dalam sebuah parti blok yang tidak mempunyai permit, kata polis sambil menambah antara 200 hingga 300 orang menghadiri parti itu.

PEGAWAI polis menemukan lima mangsa dengan luka tembakan di lokasi, tiga daripada mereka dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal, dan dua lelaki  sudah meninggal dunia. FOTO petikan video Reuters
PEGAWAI polis menemukan lima mangsa dengan luka tembakan di lokasi, tiga daripada mereka dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal, dan dua lelaki sudah meninggal dunia. FOTO petikan video Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 7:07 PM