ANGGOTA polis NYPD meronda kejiranan Williamsburg di Brooklyn susulan penguatkuasaan yang ditingkatkan ekoran konflik Hamas-Israel. FOTO AFP.
ANGGOTA polis NYPD meronda kejiranan Williamsburg di Brooklyn susulan penguatkuasaan yang ditingkatkan ekoran konflik Hamas-Israel. FOTO AFP.
Agensi

Washington: Ahli Majlis Bandar Raya New York, Inna Vernikov ditahan pada Jumaat selepas dilapor menayang senjata kepada peserta himpunan pro-Palestin di Kolej Brooklyn.

Ahli majlis Republikan itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Presint 70 di Brooklyn dan didakwa atas tuduhan memiliki senjata api secara jenayah, lapor NBC New York.

Beberapa penunjuk perasaan mengambil gambar dan video wanita berusia 39 tahun itu yang melakukan aksi terbabit di luar kolej pada Khamis, sebelum tular di media sosial.

Polis dimaklum mengenai hantaran tular terbabit dan Jabatan Polis New York (NYPD) segera menghubungi Vernikov untuk siasatan lanjut selepas beliau meninggalkan himpunan itu.

Dilaporkan Vernikov turut merekod videonya di hadapan penunjuk perasaan dan dilihat menggelar mereka 'pro-Hamas' dan menuduh mereka membawa keganasan ke bandar raya itu.

"Jika anda berada di sini hari ini, berdiri bersama orang-orang ini, anda adalah pengganas tanpa bom," katanya dalam video itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2023 @ 2:37 PM