BAR Beer House yang dibakar seorang lelaki. FOTO AFP.
BAR Beer House yang dibakar seorang lelaki. FOTO AFP.
AFP

Mexico City: Pemuda yang diusir dari sebuah bar di Mexico kerana berkelakuan tidak senonoh terhadap wanita, kembali semula dengan membakar pusat hiburan itu hingga meragut 11 nyawa.

Pihak berkuasa dilapor berkata, kejadian berlaku antara Jumaat hingga semalam di bandar Luis Rio Colorado, dekat utara Sonora yang bersempadan Amerika Syarikat (AS).

Kebakaran itu meragut nyawa tujuh lelaki dan empat wanita, manakala enam yang lain cedera, kata pejabat pendakwa raya Sonora.

Difahamkan, suspek diusir dari bar kerana berkelakuan tidak sopan terhadap wanita, namun dia kembali dan melemparkan objek ke dalam premis, berkemungkinan bom petrol, molotov cocktail.

Datuk Bandar San Luis Rio Colorado berkata, polis sudah menahan seorang suspek yang disyaki terbabit insiden di Bar Beer House.

Bagaimanapun, identiti suspek tidak didedahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2023 @ 11:18 AM