MARK Zuckerberg, gambar fail. FOTO Bloomberg
MARK Zuckerberg, gambar fail. FOTO Bloomberg
Agensi

New York: Elaun keselamatan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg dan keluarganya meningkat daripada AS$4 juta (kira-kira RM17.6 juta) kepada AS$14 juta (RM61.6 juta).

Perkara itu dimaklumkan Meta Platforms Inc (Meta) pada Rabu, lapor Reuters.

"Elaun meningkat ini bersama kos program keselamatan keseluruhan Zuckerberg yang sedia ada, adalah sesuai dan perlu dalam keadaan ini," kata Meta dalam satu pemfailan.

Langkah itu dibuat ketika pemilik platform media sosial Facebook dan Instagram mengurangkan ribuan pekerja.

Zuckerberg turut mengurangkan rancangan perbelanjaan yang disebutnya sebagai Tahun Kecekapan.

Lelaki berusia 38 tahun itu menduduki tempat ke-16 individu terkaya dalam senarai jutawan Forbes.

Beliau memperoleh pampasan kira-kira AS$27 juta (RM118 juta) pada 2021.

Meta bagaimanapun masih belum mendedahkan pakej gajinya pada tahun lalu.

The Financial Times melaporkan minggu lalu bahawa Meta menangguhkan untuk memuktamadkan belanjawan beberapa pasukan.

Ini kerana pihak terbabit sedang bersedia untuk pusingan baharu pemberhentian kerja.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2023 @ 4:00 PM